Owners manual

69
Kemas kinian perisian telefon
Kemas kinian perisian telefon bimbit LG daripada Internet
Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan fungsi ini, sila lawati http://update.lgmobile.com atau
http://www.lg.com/common/index.jsp pilih negara dan bahasa anda.
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian tegar telefon anda kepada versi terkini daripada Internet
dengan mudah tanpa melawati pusat servis. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru
peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Oleh kerana pengemaskinian peralatan tegar telefon mudah alih memerlukan perhatian penuh pengguna
sepanjang tempoh proses kemas kini, sila pastikan anda memeriksa semua arahan dan nota yang muncul pada
setiap langkah sebelum meneruskannya. Sila ambil perhatian bahawa menanggalkan kabel data USB semasa
naik taraf boleh menyebabkan kerosakan teruk kepada telefon mudah alih anda.
NOTA: LG berhak membuatkan kemas kinian peralatan tegar hanya tersedia bagi model terpilih
mengikut budi bicaranya sendiri dan ini tidak menjamin ketersediaan versi lebih baru peralatan
tegar bagi semua model telefon bimbit.
Kemas kinian Perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air (OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih baru dengan mudah melalui
OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB. Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat
versi lebih baru peralatan tegar yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon mudah alih anda: Tetapan >
Mengenaitelefon > Kemaskini perisian > Semak sekarang untuk kemas kinian.
NOTA: Data peribadi anda daripada storan dalaman telefon—termasuk maklumat mengenai
Akaun Google anda dan mana-mana akaun lain, data dan tetapan sistem/aplikasi anda, sebarang
aplikasi yang dimuat turun dan lesen DRM anda—mungkin akan hilang ketika mengemas kini
perisian telefon anda. Dengan itu, LG mengesyorkan agar anda membuat sandaran data peribadi
anda sebelum mengemas kini perisian telefon anda. LG tidak bertanggungjawab atas sebarang
kehilangan data peribadi.
NOTA: Ciri ini bergantung kepada pembekal khidmat rangkaian, wilayah dan negara anda.