Owners manual

68
NOTA: Pemacu USB Bersepadu LG
Pemacu USB bersepadu LG diperlukan untuk menyambungkan peranti LG dan PC serta dipasang
secara automatik apabila anda memasang aplikasi perisian PC "LG PC Suite".
Menyegerakkan Peranti anda kepada PC
Data daripada peranti dan PC anda boleh disegerakkan dengan mudah dengan adanya perisian PC "LG PC
Suite" untuk kemudahan anda. Kenalan, jadual dan penanda buku boleh disegerakkan.
Prosedurnya adalah seperti berikut:
1 Sambungkan peranti anda ke PC. (Gunakan kabel USB atau sambungan Wi-Fi.)
2 Jenis sambungan USB akan muncul, kemudian pilih perisian LG.
3 Selepas sambungan, jalankan program dan pilih seksyen peranti daripada kategori di sebelah kiri skrin.
4 Klik Maklumat peribadi untuk memilih.
5 Tandakan kotak semak kandungan untuk menyegerak dan klik butang Pygrkn.
NOTA: Untuk menyegerakkan telefon dengan PC anda menggunakan kabel USB, anda perlu
memasang LG PC Suite pada PC anda. Sila rujuk halaman sebelumnya untuk memasang LG PC
Suite.
Memindahkan kenalan dari Peranti Lama anda ke Peranti Baru anda
1 Eksport kenalan anda sebagai fail CSV dari peranti lama anda ke PC anda menggunakan program
penyegerakan PC.
2 Pasang "LG PC Suite" pada PC dahulu. Jalankan program ini dan sambungkan telefon mudah alih Android
anda kepada PC menggunakan kabel USB.
3 Pada menu atas, pilih Peranti > Import ke peranti > Import kenalan.
4 Tetingkap pop timbul untuk memilih jenis fail dan fail yang hendak diimport akan muncul.
5 Pada pop timbul, klik Pilih fail dan Windows Explorer akan muncul.
6 Pilih fail kenalan untuk mengimport dalam Windows Explorer dan klik Buka.
7 Klik OK.
8 Pop timbul Pemetaan medan untuk mengaitkan kenalan dalam peranti anda dan data kenalan baru akan
muncul.
9 Jika terdapat konflik antara data dalam kenalan PC anda dan kenalan peranti, buat pilihan atau perubahan
dalam LG PC Suite.
10 Klik OK.
Perisian PC (LG PC Suite)