Owners manual
66
Tetapan
Simpan semula automatik – Tetapkan untuk memulihkan tetapan dan data aplikasi anda apabila aplikasi
dipasang semula pada peranti anda.
Menetapkan semula data kilang – Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai lalai kilang dan padamkan
semua data anda. Jika anda set semula telefon dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula
maklumat yang sama sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama.
SISTEM
< QuickButton >
Pilih aplikasi yang anda ingin dapatkan akses cepat menggunakan Butang Segera.
< Tarikh & Masa >
Gunakan tetapan Tarikh & Masa untuk menetapkan bagaimana tarikh akan dipaparkan. Anda juga boleh
menggunakan tetapan ini untuk menetapkan masa dan zon masa anda sendiri dan bukan mendapatkan masa
semasa daripada rangkaian mudah alih.
< Kebolehcapaian >
Anda boleh menggunakan tetapan Kebolehcapaian untuk mengkonfigurasi sebarang pasang masuk
kebolehcapaian yang telah anda pasang pada telefon anda.
NOTA: Memerlukan pasang masuk tambahan untuk menjadikan ia boleh dipilih.
< Sambungan PC >
USB Jenis sambungan – Tetapkan mod yang dikehendaki: Cas sahaja, Penyegerakan media (MTP),
PenambatanUSB, Perisian LG atau Kamera (PTP).
Meminta untuk penyambungan – Tanya dalam mod sambungan USB ketika hendak menyambung kepada
komputer.
Bantuan – Bantuan bagi sambungan USB.
PC Suite –Tandakan ini untuk menggunakan LG PC Suite dengan sambungan Wi-Fi anda.
Bantuan – Bantuan bagi perisian LG.
< Pilihan pemaju >
Sila ambil perhatian bahawa menghidupkan tetapan pembangun ini mungkin akan mengakibatkan tingkah laku
peranti yang lain daripada biasa. Pilihan pembangun disarankan hanya untuk pengguna lanjutan.
< Mengenai telefon >
Lihat maklumat perundangan, dan periksa status telefon dan versi perisian anda.










