Owners manual
65
PERIBADI
< Akuan & selari >
Membolehkan aplikasi menyegerakkan data di latar belakang, tanpa mengira sama ada anda sedang
mengerjakannya secara aktif atau tidak. Membuang tanda semak pada tetapan ini boleh menjimatkan kuasa
bateri dan menurunkan (tetapi tidak menghapuskan) penggunaan data.
< Akses lokasi >
Akses kepada lokasi saya – Jika anda memilih perkhidmatan lokasi Google, telefon anda akan menentukan
anggaran lokasi anda menggunakan Wi-Fi dan rangkaian mudah alih. Apabila anda menandakan pilihan ini, anda
akan ditanya sama ada anda setuju untuk membolehkan Google menggunakan lokasi anda semasa memberikan
perkhidmatan ini.
Satelit GPS – Jika anda memilih satelit GPS, telefon anda akan menentukan lokasi anda sehingga peringkat
ketepatan jalan.
Lokasi Wi-Fi & rangkaian mudah alih. – Benarkan aplikasi menggunakan perkhidmatan lokasi Google untuk
menganggarkan lokasi anda dengan lebih cepat. Data lokasi tanpa nama akan dikumpulkan dan dihantarkan
kepada Google.
< Keselamatan >
Sediakan kunci kad SIM – Sediakan kunci kad SIM atau tukar PIN SIM.
Menaip kata laluan boleh dilihat – Tunjukkan aksara akhir bagi kata laluan yang disembunyikan semasa anda
menaip.
Pentadbir peranti – Lihat atau nyahaktifkan pentadbir peranti.
Sumber tidak diketahui – Tetapan lalai untuk memasang aplikasi bukan pasaran.
Pentauliahan Dipercayai – Paparkan sijil-sijil CA yang dipercayai.
Pasang dari simpanan – Pilih untuk memasang sijil yang disulitkan.
Kosongkan butiran – Alih keluar semua sijil.
< Bahasa & input >
Gunakan tetapan Bahasa & input untuk memilih bahasa bagi teks pada telefon anda dan untuk
mengkonfigurasikan papan kekunci atas skrin, termasuk perkataan yang telah anda tambahkan pada kamusnya.
< Sokongan & set semula >
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
Sandarkan data saya – Tetapkan untuk menyandarkan tetapan anda dan data aplikasi pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Tetapkan untuk menyandarkan akaun anda.










