Owners manual

62
Tetapan
Tidak menerima dengan mesej – Apabila anda hendak menolak panggilan, anda boleh menghantar mesej
pantas menggunakan fungsi ini. Ini amat berguna jika anda perlu menolak panggilan semasa mesyuarat.
Getaran penyambungan – Telefon anda bergetar semasa pihak yang dihubungi menjawab panggilan.
Penyimpan Privasi – Menyembunyikan nama dan nombor telefon pemanggil bagi panggilan masuk.
Butang kuasa menamat panggilan – Membolehkan anda memilih butang untuk menamatkan panggilan anda.
Mengalihkan panggilan – Pilih sama ada anda ingin mengalih semua panggilan semasa talian sibuk, apabila
tidak dijawab atau apabila isyarat tiada.
Sekatan panggilan – Kunci panggilan masuk, keluar atau antarabangsa.
Tempoh Panggilan – Lihat tempoh panggilan termasuk Panggilan terakhir, Semua panggilan, Panggilan didail
dan Panggilan diterima.
Tetapan tambahan – Ini membolehkan anda menukar tetapan yang berikut:
ID Pemanggil: Pilih sama ada hendak memaparkan nombor telefon anda pada panggilan keluar.
Panggilan Menunggu: Jika panggilan menunggu diaktifkan, telefon akan memberitahu anda tentang
panggilan masuk semasa anda sedang menjawab panggilan lain (bergantung kepada pembekal rangkaian
anda).
< Lagi... >
Mod pesawat – Selepas beralih kepada mod pesawat, semua sambungan wayarles akan dinyahdayakan.
Hotspot Mudah Alih Wi-Fi – Membolehkan anda berkongsi rangkaian mudah alih melalui Wi-Fi dan anda boleh
mengkonfigurasi tetapan hotspot Wi-Fi.
Bluetooth ditambat – Membolehkan anda menetapkan telefon anda sama ada anda berkongsi sambungan
Internet atau tidak.
NFCTelefon anda adalah telefon mudah alih berdaya NFC. NFC (Komunikasi Medan Dekat) adalah teknologi
kesambungan wayarles yang mendayakan komunikasi dua hala antara peranti elektronik. Ia beroperasi dalam
jarak liputan beberapa sentimeter. Anda boleh berkongsi kandungan anda dengan tag NFC atau peranti lain yang
disokong NFC hanya dengan menyentuhnya dengan peranti anda. Jika anda menyentuh tag NFC dengan peranti
anda, ia akan memaparkan kandungan tag pada peranti anda.
Untuk menghidupkan atau mematikan NFC: Dari skrin Utama, sentuh dan luncurkan panel pemberitahuan
ke bawah dengan jari anda, lalu pilih ikon NFC untuk menghidupkannya.
NOTA: Apabila mod pesawat diaktifkan, aplikasi NFC boleh digunakan.
Menggunakan NFC: Untuk menggunakan NFC, pastikan peranti anda dihidupkan dan aktifkan NFC, jika ia
telah dinyahdayakan.