Owners manual
61
Tetapan
Akses menu Tetapan
1 Pada skrin Utama, sentuh > tab Apl > Tetapan.
atau
Pada Skrin utama, sentuh > Tetapan sistem.
2 Pilih kategori tetapan dan pilih pilihan.
WAYARLES & RANGKAIAN
< Wi-Fi >
Wi-Fi – Menghidupkan Wi-Fi untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
PETUA! Bagaimana untuk mendapatkan alamat MAC
Untuk menyediakan sambungan dalam sesetengah rangkaian wayarles dengan penapis MAC,
anda mungkin perlu memasukkan alamat MAC telefon anda ke dalam penghala.
Anda boleh mendapatkan alamat MAC dalam antara muka pengguna yang berikut: sentuh tab Apl
> Tetapan > Wi-Fi >
> Lanjutan > Alamat MAC.
< Bluetooth >
Hidupkan ciri wayarles Bluetooth untuk menggunakan Bluetooth.
< Data mudah alih >
Memaparkan penggunaan data dan menetapkan had penggunaan data mudah alih.
< Tetapan panggilan >
Konfigurasikan tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan, dan ciri istimewa lain yang ditawarkan
oleh pembawa rangkaian anda.
Fixed Dialing Numbers – Hidupkan dan kumpulkan senarai nombor yang boleh dihubungi daripada telefon
anda. Anda akan memerlukan PIN2 anda, yang boleh didapati daripada operator anda. Hanya nombor yang
termasuk dalam senarai dail tetap boleh dipanggil daripada telefon anda.
Simpan nombor tidaguccbor tidak diketahui ke dalam kenalan selepas panggilan.
Mel suara – Membolehkan anda memilih perkhidmatan mel suara yang disediakan oleh pembawa rangkaian
anda.
Tolak panggilan – Membolehkan anda menetapkan fungsi tolak panggilan. Pilih antara Hubungi mod
penolakan atau Senarai menolak.










