Owners manual
4
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon bimbit model LG-E460 ini direka bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan bagi pendedahan
kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa mengira umur dan
kesihatan.
•
Garis panduan pendedahan kepada gelombang radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus (SAR). Ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan telefon
memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
•
Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk untuk
memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
•
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan Pengion Antarabangsa
(International Commission on Non-Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) ialah 2 W/kg dipuratakan ke atas
10g tisu.
•
Nilai SAR yang tertinggi untuk telefon model ini yang diuji untuk penggunaan telinga ialah 0.867 W/kg (10 g)
dan apabila dipakai pada badan ialah 0.632 W/kg (10 g).
•
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama ada dalam kedudukan
penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan.
Apabila bekas pembawa, klip tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada jarak sekurang-kurangnya
1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan
sehingga sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga pemindahan
selesai.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien










