Owners manual
56
Menetapkan penggera anda
1 Sentuh > tab Apl > Penggera/Jam > .
2 Selepas anda menetapkan penggera, telefon anda akan memberitahu anda baki masa yang tinggal sebelum
penggera berbunyi.
3 Tetapkan Ulang, Tempoh tunda, Getaran, Nada penggera, Volum penggera, Pemula aplikasi Auto, Kunci
teka-teki dan Memo. Sentuh Simpan.
NOTA: Untuk menukar tetapan penggera dalam skrin senarai penggera, sentuh kekunci Menu
lalu pilih Tetapan.
Menggunakan kalkulator anda
1 Sentuh > tab Apl > Kalkulator
2 Sentuh kekunci nombor untuk memasukkan nombor.
3 Untuk pengiraan mudah, sentuh fungsi yang anda kehendaki (+, –, x, atau ÷), diikuti dengan =.
4 Bagi pengiraan yang lebih rumit, sentuh , pilih Panel lanjutan, lalu pilih sin, cos, tan, log dll.
5 Untuk menyemak sejarah, ketik ikon .
Menambah acara pada kalendar anda
1 Sentuh > tab Apl > Kalendar.
2 Pada skrin, anda akan boleh menemui jenis paparan Kalendar yang berbeza (Hari, Ming., Bulan, Agenda).
3 Ketik pada tarikh yang hendak anda tambahkan acara lalu sentuh .
4 Sentuh Nama acara lalu masukkan nama acara tersebut.
5 Sentuh Lokasi dan masukkan lokasi. Semak tarikh dan masukkan masa mula dan tamat acara.
6 Jika anda hendak menambah nota pada acara anda, sentuh Deskripsi dan masukkan butirannya.
7 Jika anda ingin mengulang semula penggera, tetapkan ULANG, dan tetapkan PERINGATAN, jika perlu.
8 Sentuh Simpan untuk menyimpan acara dalam kalendar.
Utiliti










