Owners manual

54
Multimedia
Untuk menukar volum semasa mendengar muzik, tekan kekunci volum ke atas dan bawah pada sisi kiri telefon.
Sentuh dan tahan sebarang lagu di dalam senarai. Pilihan Main, Tambah pada senarai main, Kongsi, Setkan
sebagai nada dering, Padam, Butiran dan Cari akan dipaparkan.
NOTA:
•
Sesetengah format fail tidak disokong, bergantung kepada perisian peranti.
•
Jika saiz fail melebihi memori yang ada, ralat akan berlaku apabila anda membuka fail.
•
Hak cipta fail muzik mungkin dilindungi oleh perjanjian antarabangsa dan undang-undang hak
cipta nasional.
•
Oleh itu, kebenaran atau lesen mungkin perlu diperoleh untuk mengeluarkan semula atau
menyalin muzik. Dalam sesetengah negara, undang-undang nasionalnya melarang penyalinan
peribadi bahan berhak cipta. Sebelum memuat turun atau menyalin fail, semak undang-undang
nasional negara yang berkenaan mengenai penggunaan bahan sedemikian.
Radio FM
LG-E460 anda mempunyai radio FM terbina dalam agar anda boleh menala ke stesen kegemaran anda dan
mendengarnya semasa dalam perjalanan.
NOTA: Anda perlu memasukkan fon kepala anda untuk mendengar radio. Masukkannya ke dalam
bicu alat fon kepala.
Mencari stesen
Anda boleh menala telefon anda ke stesen radio dengan mencari secara manual atau automatik. Ia kemudiannya
disimpan ke nombor saluran khusus.
Menala secara automatik.
1 Pada skrin Utama, sentuh > tab Apl > Radio FM.
2 Sentuh , kemudian pilih Imbas.
3 Semasa auto imbas, sentuh Batal jika anda hendak berhenti mengimbas. Hanya saluran yang diimbas yang
akan disimpan sebelum anda berhenti mengimbas.