Owners manual

44
Kamera
Sentuh kekunci Menu untuk membuka semua pilihan lanjutan.
Tetapkan imej sebagai – Sentuh untuk menggunakan foto sebagai foto kenalan, Hias latar skrin utama atau
Kertas hias dinding skrin kunci.
Pindah – Sentuh untuk memindahkan foto ke tempat lain.
Salin – Sentuh untuk menyalin foto yang dipilih dan simpan ke dalam album lain.
Namakan semula – Sentuh untuk mengedit nama gambar yang dipilih.
Putar Kiri/Kanan – Untuk memutar ke kiri atau kanan.
Kerat – Pangkas foto anda. Gerakkan jari anda merentasi skrin untuk memilih kawasan yang hendak dipangkas.
Edit – Lihat dan edit foto.
Pertunjukan slaid – Menunjukkan kepada anda imej dalam folder semasa satu per satu secara automatik.
Butiran – Dapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan.
Melihat foto yang disimpan
Anda boleh mengakses foto yang disimpan apabila dalam mod kamera. Hanya ketik ikon Galeri dan Galeri
anda akan dipaparkan.
•
Untuk melihat lebih banyak foto, tatal ke kiri atau ke kanan.
•
Untuk zum masuk atau keluar, dwi-ketik skrin atau gunakan dua jari dan jarakkannya (rapatkan jari anda
untuk zum keluar).