Owners manual
43
PETUA!
•
Apabila anda keluar dari kamera, beberapa tetapan akan kembali kepada nilai lalainya, seperti
imbangan putih, kesan warna, pemasa dan mod adegan. Periksa yang berikut ini sebelum
mengambil foto anda yang seterusnya.
•
Menu tetapan bertindan dengan pencari pandangan, jadi apabila anda menukar elemen warna
imej atau kualiti, anda akan dapat melihat pratonton pertukaran imej di belakang menu Tetapan.
Menangkap fotopantas
1 Buka aplikasi Kamera.
2 Dengan memegang telefon secara mendatar, halakan lensa ke arah subjek yang hendak anda ambil
gambarnya.
3 Kotak fokus akan muncul di tengah skrin pencari pandangan. Anda juga boleh mengetik di mana-mana
bahagian pada skrin untuk memfokus titik itu.
4 Apabila peti fokus bertukar menjadi hijau, kamera telah memfokus pada subjek anda.
5 Sentuh untuk menangkap gambar.
Setelah anda mengambil gambar
Sentuh untuk melihat foto terakhir yang anda tangkap.
Sentuh untuk terus mengambil foto lain.
Sentuh untuk menghantar foto anda kepada orang lain atau berkongsinya melalui perkhidmatan
rangkaian sosial.
Tekan untuk memadamkan gambar.
PETUA! Jika anda mempunyai akaun SNS dan menetapkannya pada telefon anda, anda boleh
berkongsi foto anda dengan komuniti SNS anda.
NOTA: Caj tambahan mungkin akan dikenakan semasa mesej MMS dimuat turun ketika dalam
perayauan.










