Owners manual
42
Kamera
Menggunakan tetapan lanjutan
Menggunakan pencari pandangan, ketik untuk membuka pilihan lanjutan. Anda boleh menukar tetapan
kamera dengan menatal melalui senarai ini. Selepas memilih pilihan, ketik kekunci Kembali.
Sentuh jika anda ingin mengubah menu pemidang tilik.
Zum masuk atau zum keluar.
Memilih resolusi foto. Jika anda memilih resolusi tinggi, saiz fail akan bertambah, yang akibatnya
kurang bilangan gambar yang dapat disimpan dalam memori.
Mencari tetapan warna dan lampu yang sesuai dengan persekitaran semasa.
Pengadaran ISO menentukan kepekaan sensor cahaya kamera. Semakin tinggi ISO, semakin sensitif
kamera itu. Ini berguna dalam keadaan lebih gelap apabila anda tidak dapat menggunakan denyar.
Memperbaiki kualiti warna dalam keadaan pencahayaan yang berbeza.
Memberi kesan artistik kepada gambar anda.
Menetapkan masa tunda selepas butang tangkap ditekan. Ini sangat sesuai jika anda juga mahu
bergambar sama.
Aktifkan yang ini untuk menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi telefon anda. Ambil gambar
di mana sahaja anda berada dan tag ia bersama lokasi. Jika anda memuat naik gambar yang ditag
pada blog yang menyokong geo-tag, anda boleh melihat gambar tersebut dipaparkan di atas peta.
NOTA: Fungsi ini hanya tersedia apabila fungsi GPS aktif.
Memilih bunyi pengatup.
Secara automatik ia akan menunjukkan gambar yang baru anda ambil.
Pilih storan untuk menyimpan imej.
Kembalikan semua tetapan nila lalai kamera.
Sentuh pada bila-bila masa anda ingin tahu bagaimana suatu fungsi itu beroperasi. Ikon ini
menyediakan panduan ringkas untuk anda.










