Owners manual
34
Panggilan
Membuat panggilan kedua
1 Semasa panggilan pertama anda, sentuh kekunci Menu > Tambah panggilan dan dail nombor tersebut.
Anda boleh juga melihat senarai nombor telefon yang didail baru-baru ini dengan menyentuh atau
mencari kenalan dengan menyentuh dan memilih kenalan yang hendak anda hubungi.
2 Tekan untuk membuat panggilan.
3 Kedua-dua panggilan akan dipaparkan pada skrin panggilan. Panggilan pertama anda akan dikunci dan
ditunda.
4 Sentuh senarai panggilan ditahan untuk beralih antara panggilan. Atau sentuh Gabungkan panggilan
untuk memulakan panggilan persidangan.
5 Untuk menamatkan panggilan aktif, sentuh Tamat atau sentuh kekunci Rumah, dan luncurkan bar
pemberitahuan ke bawah dan pilih ikon Tamat pan. .
NOTA: anda akan dikenakan bayaran bagi setiap panggilan yang anda buat.
Melihat log panggilan anda
Pada Skrin utama, sentuh dan pilih tab Log panggilan .
Lihat senarai lengkap bagi semua panggilan didail, diterima dan tidak dijawab.
PETUA!
•
Sentuh mana-mana entri log untuk melihat tarikh, masa dan tempoh panggilan.
•
Sentuh kekunci Menu , kemudian sentuh Padam semua untuk memadam semua item
yang dirakamkan.
Tetapan panggilan
Anda boleh mengkonfigurasi tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan, selain ciri istimewa lain yang
ditawarkan oleh pembawa rangkaian anda.
1 Pada Skrin utama, sentuh .
2 Sentuh .
3 Ketik Tetapan panggilan dan pilih pilihan yang hendak anda laraskan.










