Owners manual

33
Membuat panggilan
1 Sentuh untuk membuka pad kekunci.
2 Masukkan nombor menggunakan pad kekunci. Untuk memadam satu digit, sentuh .
3 Sentuh untuk membuat panggilan.
4 Untuk menamatkan panggilan, sentuh ikon Tamat .
PETUA!
Untuk memasukkan “+” untuk membuat panggilan antarabangsa, sentuh dan tahan .
Membuat panggilan kepada kenalan anda
1 Sentuh untuk membuka kenalan anda.
2 Tatal menerusi senarai kenalan atau masukkan huruf pertama kenalan yang hendak anda panggil dengan
menyentuh Cari kenalan.
3 Dalam senarai, sentuh untuk membuat panggilan.
Menjawab dan Menolak Panggilan
Apabila anda menerima panggilan dalam keadaan Kunci, sapu dalam mana-mana arah untuk Jawab
panggilan masuk.
Sapu dalam mana-mana arah untuk Tolak panggilan masuk.
Pegang dan luncurkan ikon Tidak menerima dengan mesej dari bawah jika anda hendak menghantar mesej.
PETUA! Tidak menerima dengan mesej
Anda boleh menghantar mesej dengan cepat menggunakan fungsi ini. Ini berguna jika anda perlu
menolak panggilan dengan mesej semasa mesyuarat.
Melaraskan volum panggilan masuk
Untuk melaraskan volum dalam panggilan, gunakan kekunci volum naik dan turun pada sisi kiri telefon.
Panggilan