Owners manual

31
Untuk menamakan semula atau menjamin keselamatan hotspot mudah alih anda
Anda boleh menukar nama rangkaian Wi-Fi telefon anda (SSID) dan melindungi keselamatan rangkaian Wi-Finya.
1 Pada skrin Utama, sentuh > tab Apl > Tetapan.
2 Sentuh Lagi... pada tab WAYARLES & RANGKAIAN dan pilih Hotspot Mudah Alih Wi-Fi.
3 Pastikan bahawa Hotspot Mudah Alih Wi-Fi ditandakan.
4 Sentuh Tetapkan titik utama Wi-Fi.
•
Kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi akan terbuka.
•
Anda boleh menukar Rangkaian SSID (nama) yang dilihat oleh komputer lain semasa mengimbas
rangkaian Wi-Fi.
•
Anda juga boleh menyentuh menu Keselamatan untuk mengkonfigurasi rangkaian dengan keselamatan
Akses Dilindungi Wi-Fi 2 (WPA2) dengan kunci yang diprakongsi (PSK).
•
Jika anda menyentuh pilihan keselamatan WPA2 PSK, medan kata laluan akan ditambahkan kepada kotak
dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi. Jika anda memasukkan kata laluan, anda akan perlu memasukkan
kata laluan tersebut apabila anda menyambung kepada hotspot telefon dengan komputer atau peranti
lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih keluar ciri keselamatan daripada
rangkaian Wi-Fi anda.
5 Sentuh Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka, anda tidak dapat
menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang tidak sah oleh orang lain dan caj
tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan
agar mengekalkan pilihan keselamatan ini sebagai aktif.
Sambungan PC dengan kabel USB
Ketahui cara menyambungkan peranti anda ke PC dengan kabel USB dalam mod sambungan USB.
Memindahkan muzik, foto dan video menggunakan Penyegerakan media (MTP)
1 Sambungkan telefon anda ke PC menggunakan kabel USB.
2 Jika anda belum memasang Pemacu Platform Android LG pada PC anda, anda akan diminta untuk menukar
tetapan secara manual. Pilih Tetapan sistem. > Sambungan PC > USB Jenis sambungan, kemudian pilih
Penyegerakan media (MTP).
3 Anda kini akan dapat melihat kandungan penyimpanan massa pada PC anda dan memindahkan fail tersebut.