Owners manual

29
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk menghantar data dengan menjalankan aplikasi yang sepadan, bukan
daripada menu Bluetooth seperti mana kebanyakan telefon mudah alih yang lain.
NOTA:
•
LG tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, pintasan, atau penyalahgunaan data yang
dihantar atau diterima melalui ciri wayarles Bluetooth.
•
Sentiasa pastikan bahawa anda berkongsi dan menerima data dengan peranti yang dipercayai
dan dilindungi dengan sempurna. Jika terdapat halangan antara peranti, jarak operasi boleh
dikurangkan.
•
Beberapa peranti, terutamanya yang tidak diuji atau diluluskan oleh Bluetooth SIG, mungkin tidak
serasi dengan peranti anda.
Menghidupkan Bluetooth dan memperpasangkan telefon anda dengan peranti Bluetooth
Anda hendaklah memasangkan peranti anda dengan peranti lain sebelum anda menyambung padanya.
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > tetapkan Bluetooth kepada ON daripada tab WAYARLES & RANGKAIAN.
2 Ketik menu Bluetooth sekali lagi. Anda akan melihat pilihan untuk menjadikan telefon anda kelihatan dan
pilihan untuk mencari peranti. Sekarang ketik Mencari peranti untuk melihat peranti dalam Lingkungan
Bluetooth.
3 Pilih peranti yang hendak anda perpasang daripada senarai.
Setelah perpasangan berjaya, peranti anda akan disambungkan kepada peranti lain.
NOTA: Sesetengah peranti, terutamanya alat dengar atau kit kereta bebas tangan, mungkin
mempunyai PIN Bluetooth yang ditetapkan, seperti 0000. Jika peranti yang satu lagi mempunyai
PIN, anda akan diminta untuk memasukkannya.
Hantar data menggunakan ciri wayarles Bluetooth
1 Pilih fail atau item, seperti kenalan, acara kalendar, atau fail media, daripada aplikasi bersesuaian atau
daripada Muat turun.
2 Pilih pilihan untuk menghantar data melalui Bluetooth.
NOTA: Kaedah untuk memilih pilihan mungkin berbeza mengikut jenis data.
3 Cari dan pasangkan dengan peranti yang didayakan Bluetooth.