Owners manual

27
Persediaan akaun Google
Apabila anda menghidupkan telefon anda buat pertama kali, anda mempunyai peluang untuk mengaktifkan
rangkaian, mendaftar masuk ke Akaun Google anda dan memilih cara anda menggunakan sesetengah
perkhidmatan Google.
Untuk menyediakan akaun Google anda:
•
Mendaftar masuk ke Akaun Google daripada skrin persediaan yang digesa.
ATAU
•
Sentuh > tab Apl > pilih aplikasi Google, seperti Gmail > pilih Baharu untuk mencipta akaun baru.
Jika anda mempunyai akaun Google, sentuh Sedia ada, masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda,
kemudian sentuh .
Setelah anda menyediakan akaun Google anda pada telefon anda, telefon anda akan secara automatik
menyegerak dengan akaun Google anda di web.
Kenalan anda, mesej Gmail, acara Kalendar, dan maklumat lain daripada aplikasi dan perkhidmatan di Web akan
disegerakkan dengan telefon anda. (Ini bergantung pada tetapan penyegerakan anda.)
Selepas mendaftar masuk, anda boleh menggunakan Gmail™ dan mengambil manfaat daripada perkhidmatan
Google pada telefon anda.