Owners manual

24
Skrin utama anda
Sapu ke bawah untuk mendapatkan pemberitahuan & tetapan
Sapu ke bawah dari bar status untuk membuka panel pemberitahuan. Untuk menutup panel pemberitahuan,
sapu ke atas bar yang terdapat di bahagian bawah skrin.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan atau pembekal
perkhidmatan.
Tetapan Pantas
Gunakan Tetapan Pantas untuk dengan mudah menukar tetapan fungsi seperti Wi-Fi, menguruskan kecerahan
paparan dan banyak lagi. Bagi Tetapan Pantas, sapu ke bawah dari bar status untuk membuka panel
pemberitahuan dan sapu atau sentuh untuk menetapkan tetapan yang anda kehendaki.
Untuk mengatur semula item Tetapan Pantas pada panel pemberitahuan
Sentuh . Kemudian anda boleh memeriksa dan mengatur semula item pada panel pemberitahuan.
Ikon penunjuk pada Bar Status
Ikon penunjuk muncul pada bar status di bahagian atas skrin untuk melaporkan panggilan tidak dijawab, mesej
baru, acara kalendar, status peranti dan banyak lagi.
Ikon yang dipaparkan di bahagian atas skrin memberi maklumat tentang status peranti. Ikon yang disenaraikan
dalam jadual di bawah adalah ikon yang biasa didapati.