Owners manual

23
PETUA! Menggunakan folder
Anda boleh gabungkan beberapa ikon aplikasi ke dalam suatu folder. Lepaskan satu ikon aplikasi
ke atas satu lagi pada Skrin utama dan dua ikon ini akan bergabung.
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
1 Sentuh dan tahan kekunci Rumah. Skrin akan menunjukkan pop timbul dengan ikon aplikasi yang anda
gunakan baru-baru ini.
2 Sentuh ikon untuk membuka aplikasinya. Atau sentuh kekunci Kembali untuk kembali kepada skrin
sebelumnya.
Pemberitahuan
Pemberitahuan memberitahu anda tentang ketibaan mesej baru, acara kalendar, dan penggera, di samping
peristiwa yang sedang berlaku, seperti muat turun video.
Daripada panel pemberitahuan, anda boleh melihat status semasa telefon anda dan pemberitahuan yang belum
dibuka.
Apabila pemberitahuan tiba, ikonnya akan muncul pada bahagian atas skrin. Ikon bagi pemberitahuan yang
belum dibuka akan muncul di sebelah kiri, dan ikon sistem akan menunjukkan perkara seperti Wi-Fi atau
kekuatan bateri di sebelah kanan.
NOTA: Pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung kepada kawasan atau pembekal
perkhidmatan.
Pemberitahuan
yang belum dibuka
Bluetooth, Wi-Fi &
status bateri