Owners manual
21
Skrin utama anda
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf pada papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan menyentuhnya dan tidak mengangkat jari anda
sehingga tindakan berlaku. Sebagai contoh, untuk membuka pilihan tersedia bagi seseorang kenalan, sentuh
dan tahan kenalan dalam senarai Kenalan sehingga menu konteks terbuka.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari anda, gerakkan jari anda pada skrin
sehingga anda mencapai kedudukan yang disasarkan. Anda boleh menyeret item pada skrin Utama untuk
memposisinya semula.
Sapu atau luncur – Untuk menyapu atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda merentasi permukaan
skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya (maka, anda tidak menyeret item). Contohnya,
anda boleh meluncur skrin ke atas atau ke bawah untuk menatal melalui senarai, atau menyemak imbas melalui
skrin Utama berbeza dengan menyapu dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Dwiketik – Ketik dua kali untuk mengezum pada halaman web atau peta. Sebagai contoh, dengan pantas ketik
dua kali sebahagian halaman web untuk melaraskan bahagian itu agar menepati kelebaran skrin. Anda juga
boleh mengetik dua kali untuk zum masuk dan keluar semasa mengambil gambar (menggunakan Kamera), dan
semasa menggunakan Peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk anda dan ibu jari dalam pergerakan mencubit atau tersebar untuk
zum masuk atau keluar menggunakan penyemak imbas, Peta atau menyemak imbas gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut orientasi fizikal
peranti.
NOTA:
•
Untuk memilih item, sentuh bahagian tengah ikon.
•
Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan sentuhan yang ringan
dan kukuh.
•
Gunakan hujung jari anda untuk menyentuh pilihan yang anda kehendaki. Berhati-hati supaya
tidak tersentuh kekunci lain.










