Owners manual

14
Notis penting
8. Pegang telefon anda dengan menegak
Pegang telefon bimbit anda dengan menegak, sebagaimana anda memegang telefon biasa. Telefon anda
mempunyai antena dalaman. Anda hendaklah berhati-hati agar tidak mencalar atau merosakkan bahagian
belakang telefon, kerana ini mungkin akan menjejaskan prestasi.
Semasa membuat/menerima panggilan atau menghantar/menerima data, elakkan memegang bahagian bawah
telefon di mana antena terletak. Berbuat demikian dapat menjejaskan kualiti panggilan.
9. Apabila skrin menjadi kaku
Jika skrin menjadi kaku atau telefon tidak memberi respons ketika anda cuba mengendalikannya:
Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci selama 10 saat untuk mematikan telefon anda.
Jika ia masih tidak berfungsi, sila hubungi pusat servis.