Owners manual
12
AMARAN
Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan kunci corak.
Mengingati corak buka kunci yang anda tetapkan amatlah penting. Anda tidak akan dapat
mengakses telefon anda jika anda menggunakan corak yang salah sebanyak 5 kali. Anda
mempunyai 5 peluang untuk memasukkan corak buka kunci, PIN atau kata laluan anda. Jika anda
telah menggunakan kesemua 5 peluang, anda boleh mencuba lagi selepas 30 saat.
Apabila anda tidak dapat mengingati Corak buka kunci, PIN, atau Kata Laluan anda:
< Jika anda terlupa corak anda >
Jika anda log masuk ke akaun Google anda pada telefon tetapi gagal memasukkan corak yang betul sebanyak 5
kali, sentuh butang Terlupa corak? di bahagian bawah skrin. Selepas itu anda diminta untuk log masuk dengan
Akaun Google anda, atau anda perlu memasukkan PIN Sandaran yang telah anda masukkan semasa membuat
Kunci Corak anda.
Jika anda belum membuat akaun Google pada telefon atau anda terlupa PIN Sandaran, anda perlu melakukan
set semula keras.
< Jika anda telah terlupa PIN atau Kata Laluan anda >
Jika anda terlupa PIN atau Kata Laluan anda, anda perlu melakukan set semula keras.
Amaran: Jika anda melakukan set semula keras, semua aplikasi pengguna dan data pengguna akan
terpadam.
NOTA: Jika anda tidak melog masuk ke Akaun Google anda dan telah terlupa Corak Buka Kunci
anda, anda perlu memasukkan PIN Sandaran anda.
5. Menggunakan set semula keras (Set semula kilang)
Jika telefon anda tidak pulih kepada keadaan asal, gunakan Set Semula Keras (Set Semula Kilang) untuk
memulakannya.
1 Matikan kuasa.
2 Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci + kekunci Turun Volum + Butang Segera.
3 Apabila Logo LG muncul pada skrin, lepaskan semua kekunci.
Notis penting










