Owners manual
11
Untuk mengawasi dan mengawal bagaimana kuasa bateri digunakan:
•
Sentuh > tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > Bateri > Penggunaan bateri.
Masa penggunaan bateri dipaparkan pada skrin. Ia memberitahu tempoh masa semenjak anda menyambung
telefon anda kepada sumber kuasa atau, jika sedang disambung kepada sumber kuasa, berapa lama telefon
berjalan menggunakan kuasa bateri pada kali terakhir. Skrin akan menunjukkan aplikasi atau perkhidmatan yang
menggunakan kuasa bateri, yang disusun dari penggunaan terbesar hingga terkecil.
3. Sebelum memasang aplikasi dan OS sumber terbuka
AMARAN
Jika anda memasang dan menggunakan OS selain daripada yang disediakan oleh pengeluar, ini
mungkin akan menyebabkan telefon anda gagal berfungsi. Di samping itu, telefon anda tidak lagi
dilindungi oleh waranti ini.
AMARAN
Untuk melindungi telefon dan data peribadi anda, hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang
boleh dipercayai, seperti Play Store™. Jika terdapat aplikasi yang tidak dipasang dengan betul
pada telefon anda, telefon anda mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana sepatutnya atau ralat
yang serius mungkin berlaku. Anda hendaklah menyahpasang aplikasi-aplikasi tersebut dan semua
data dan tetapannya daripada telefon.
4. Menggunakan buka kunci corak
Tetapkan buka kunci corak untuk menjamin keselamatan telefon anda. Sentuh > tab Apl > Tetapan
> Skrin kunci dari PERANTI > Pilih skrin kunci > Corak. Ini akan membuka skrin yang akan memandu
anda melalui cara melukis buka kunci corak skrin. Anda hendaklah mencipta PIN Sandaran sebagai langkah
keselamatan jika anda terlupa buka kunci corak.
Amaran: Cipta akaun Google dahulu sebelum menetapkan buka kunci corak dan ingat PIN Sandaran
yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.










