Owners manual

10
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan telefon anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan dalam bahagian ini,
sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10%, telefon anda tidak akan dapat
menerima mesej yang baru. Anda perlu memeriksa memori telefon anda dan memadamkan sebahagian data
seperti aplikasi atau mesej, untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1 Sentuh > tab Apl > Tetapan > Apl daripada PERANTI.
2 Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda nyahpasang.
3 Sentuh Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Anda boleh memanjangkan hayat bateri antara cas dengan mematikan ciri yang anda tidak perlukan dijalankan
berterusan di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan
kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
•
Matikan komunikasi radio apabila anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak menggunakan Wi-Fi,
Bluetooth atau GPS, matikan ia.
•
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
•
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan aplikasi lain.
•
Sesetengah aplikasi yang telah anda muat turun mungkin akan mengurangkan kuasa bateri.
Untuk memeriksa tahap cas bateri:
•
Sentuh > tab Apl > Tetapan > Mengenai telefon daripada SISTEM > Bateri.
Status bateri (mengecas atau menyahcas) dan tahap bateri (peratus dicaj) akan dipaparkan pada bahagian atas
skrin.
Notis penting