Owners manual

8
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Persekitaran boleh meletup
•
Jangan gunakan telefon di tempat mengisi minyak.
•
Jangan gunakan berhampiran bahan api atau bahan kimia.
•
Jangan angkut atau simpan gas mudah terbakar, cecair atau bahan letupan di dalam ruang yang sama
dengan yang mengandungi telefon mudah alih anda dan aksesorinya.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh menyebabkan gangguan di dalam pesawat.
•
Matikan telefon mudah alih anda sebelum menaiki sebarang pesawat terbang.
•
Jangan gunakannya apabila mendarat tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak kecil. Ia termasuk bahagian kecil yang
boleh menyebabkan bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak tersedia di bawah semua rangkaian mudah alih. Oleh itu, anda tidak
sepatutnya bergantung semata-mata kepada telefon anda untuk membuat panggilan kecemasan. Semak
dengan pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
•
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. Tidak seperti sistem bateri
lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan prestasi bateri.
•
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk memaksimumkan hayat bateri.
•
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
•
Pastikan sentuhan logam pada bateri bersih.
•
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri mungkin dicas beratus kali
sehingga ia perlu digantikan.
•
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan dalam tempoh masa yang lama untuk memaksimumkan
kebolehgunaan.
•
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau gunakannya pada kelembapan
yang tinggi, seperti di bilik air.