Owners manual
90
LG PC Suite – Sambungkan LG PC Suite dengan telefon anda untuk Urus kandungan
multimedia dan aplikasi dengan mudah.
< Penambat & rangkaian >
Penambatan USB – Sambungkan kabel USB untuk berkongsi sambungan internet
dengan komputer.
Wi-Fi hotspot – Anda boleh juga menggunakan telefon anda untuk menyediakan
sambungan broadband mudah alih. Buat hotspot dan kongsi sambungan anda. Sila
"Berkongsi sambungan data telefon anda" untuk maklumat lanjut.
Penambatan Bluetooth – Membolehkan anda menetapkan telefon anda sama ada
anda berkongsi sambungan Internet atau tidak.
Bantuan – Ketik untuk melihat maklumat bantuan pada Wi-Fi hotspot dan fungsi
penambatan Bluetooth.
Mod pesawat – Selepas bertukar kepada Mod pesawat, semua sambungan wayarles
akan dinyahdayakan.
NOTA: Anda mesti menetapkan PIN atau kata laluan kunci skrin sebelum
anda boleh menggunakan storan tauliah.
Rangkaian mudah alih – Tetapkan pilihan untuk perayauan data, mod & operator
rangkaian, nama pusat akses (APN), dsb.
VPN - Memaparkan senarai Rangkaian Peribadi Maya (VPN) yang telah anda
konfigurasikan sebelum ini. Membolehkan anda menambah jenis VPN yang berbeza.
Bunyi
Profil bunyi – Pilih Bunyi, sama ada Bunyi, Getar sahaja atau Senyap.
Volum - Laraskan tetapan volum telefon untuk disesuaikan dengan keperluan dan
persekitaran anda.
Kekuatan getaran – Membolehkan anda menetapkan kekuatan getaran untuk
panggilan, pemberitahuan dan sentuh maklum balas.
Tetapan










