Owners manual

6
• Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal pada telinga atau apabila diletakkan
pada jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan. Apabila bekas pembawa, klip
tali pinggang atau pemegang digunakan untuk pengendalian pemakaian pada
badan, ia tidak sepatutnya mengandungi logam dan perlu meletakkan produk pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan anda. Untuk memindahkan data fail
dan mesej, peranti ini memerlukan sambungan berkualiti pada rangkaian. Dalam
beberapa kes, pemindahan fail data atau mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Penjagaan dan penyelenggaraan produk
AMARAN
Hanya gunakan bateri, pengecas dan aksesori yang diluluskan untuk
digunakan bersama model tertentu telefon ini. Penggunaan sebarang jenis
lain boleh mentaksahkan sebarang kelulusan atau waranti yang berkaitan
dengan telefon, dan mungkin berbahaya.
• Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. Bawa ia kepada juruteknik servis yang layak
jika kerja pembaikan diperlukan.
• Pembaikan di bawah waranti, mengikut budi bicara LG, mungkin termasuk
penggantian bahagian atau papan yang sama ada baru atau yang diperbaiki, asalkan
kefungsiannya sebanding dengan bahagian yang diganti.
• Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, radio, dan komputer peribadi.
• Unit ini hendaklah dijauhkan daripada sumber haba seperti radiator atau dapur.
• Jangan jatuhkan.
• Jangan biarkan unit ini terdedah kepada getaran mekanikal atau kejutan.
• Matikan telefon di mana-mana tempat yang memerlukan anda berbuat demikian
oleh undang-undang khas. Contohnya, jangan gunakan telefon di hospital kerana ia
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien