Owners manual
33
NOTA:
• Untuk memilih item, ketik bahagian tengah ikon.
• Jangan tekan terlalu kuat, skrin ketik cukup sensitif untuk mengesan ketikan
yang ringan, namun teguh.
• Gunakan hujung jari anda untuk mengetik pilihan yang anda kehendaki.
Berhati-hati supaya tidak mengetik kekunci lain.
Skrin utama
Skrin utama ialah titik permulaan untuk banyak aplikasi dan fungsi serta membenarkan
anda menambah item seperti pintasan aplikasi atau widget Google untuk memberikan
anda akses segera kepada maklumat dan aplikasi. Ini ialah kanvas lalai dan dapat
diakses dari sebarang menu dengan mengetik .
Bar Status
Menunjukkan maklumat status telefon termasuk masa,
kekuatan isyarat, status bateri dan ikon pemberitahuan.
Widget
Widget ialah aplikasi kendiri yang boleh diakses
melalui skrin Aplikasi atau pada skrin Utama atau skrin
utama yang dilanjutkan. Tidak seperti pintasan, Widget
dipaparkan sebagai aplikasi atas skrin.
Ikon Aplikasi
Ketik ikon (aplikasi, folder, dsb.) untuk membuka dan
menggunakannya.
Penunjuk Lokasi
Menunjukkan kanvas skrin Utama yang anda lihat.
Kawasan Kekunci Pantas
Menyediakan akses satu sentuhan pada fungsi dalam
mana-mana kanvas skrin utama.
Butang sentuh utama










