Owners manual

43
Untuk menamakan semula atau menjamin keselamatan hotspot mudah alih
anda
Anda boleh menukar nama rangkaian Wi-Fi telefon anda (SSID) dan melindungi
keselamatan rangkaian Wi-Finya.
1 Ketik > > tab Apl > Tetapan > Rangkaian tab > Penambat &
Rangkaian > Wi-Fi hotspot.
2 Ketik Tetapkan titik utama Wi-Fi.
• Kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi akan terbuka.
• Anda boleh menukar Rangkaian SSID (nama) yang dilihat oleh peranti lain
semasa mengimbas rangkaian Wi-Fi.
• Anda juga boleh mengetik menu Keselamatan untuk mengkonfigurasikan
rangkaian dengan keselamatan Akses Dilindungi Wi-Fi 2 (WPA2) dengan kunci
yang diprakongsi (PSK).
• Jika anda menyentuh pilihan keselamatan WPA2 PSK, medan kata laluan akan
ditambahkan kepada kotak dialog Tetapkan titik utama Wi-Fi. Jika anda
memasukkan kata laluan, anda akan perlu memasukkan kata laluan tersebut
apabila anda menyambung kepada hotspot telefon dengan komputer atau peranti
lain. Anda boleh set Buka pada menu Keselamatan untuk mengalih keluar ciri
keselamatan daripada rangkaian Wi-Fi anda.
3 Ketik Simpan.
PERHATIAN! Jika anda menetapkan pilihan keselamatan sebagai Buka,
anda tidak dapat menghalang penggunaan perkhidmatan dalam talian yang
tidak sah oleh orang lain dan caj tambahan mungkin akan dikenakan. Untuk
mengelakkan penggunaan tidak sah, anda dinasihatkan agar mengekalkan
pilihan keselamatan ini sebagai aktif.