Owners manual
31
Menggunakan emotikon
Ceriakan mesej anda
menggunakan emotikon. Beberapa
emotikon yang biasa digunakan
telah disediakan pada telefon anda.
Anda boleh menambah emotikon
baru dengan menyentuh
Emotikon baru.
Menukar tetapan mesej teks
anda
Tetapan ini boleh ditukar mengikut
keutamaan anda.
Tatal ke Mesej dari tab Komunikasi.
Sentuh
kemudian pilih
Tetapan mesej dan Mesej teks.
Anda boleh mengubah yang
berikut:
Pusat mesej teks - Masukkan
butiran pusat mesej anda.
Laporan penghantaran -
Luncurkan suis sebelah kiri untuk
menerima pengesahan bahawa
mesej anda telah dihantar.
Tempoh kesahan - Pilih tempoh
masa mesej anda akan disimpan di
pusat mesej.
Jenis mesej - Tukar teks anda
kepada Suara, Faks, X.400 atau
E-mel.
Pengekodan aksara -Pilih cara
aksara anda akan dikodkan. Ini
akan menjejaskan saiz mesej anda
dan juga caj data.
Hantar teks panjang sebagai
- Pilih untuk menghantar mesej
panjang sebagai Berbilang SMS
atau MMS.










