Owners manual

7
Perentak jantung
Pengilang perentak jantung
mengesyorkan pemisahan
minimum sebanyak 15cm
dikekalkan antara telefon mudah
alih dan perentak jantung untuk
mengelakkan gangguan berpotensi
dengan perentak jantung. Untuk
mendapatkan penggunaan telefon
ini pada telinga bertentangan
kepada perentak jantung anda dan
jangan bawanya dalam poket dada.
Hospital
Matikan peranti wayarles anda
apabila diminta untuk berbuat
demikian dalam hospital, klinik
atua kemudahan penjagaan
kesihatan. Permintaan ini dibuat
untuk mengelakkan kemungkinan
gangguan dengan peralatan
perubatan yang sensitif.
Keselamatan di jalan raya
Periksa undang-undang dan
peraturan mengenai penggunaan
telefon bimbit di kawasan-kawasan
tempat anda memandu.
Jangan gunakan telefon pegang
tangan semasa memandu.
Beri perhatian penuh kepada
pemanduan anda.
Gunakan kit bebas tangan, jika
tersedia.
Keluar dari jalan raya dan letak
kereta sebelum membuat
atau menjawab panggilan
jika keadaan pemanduan
memerlukan anda berbuat
demikian.
Tenaga RF mungkin menjejaskan
sesetengah sistem elektronik
dalam kenderaan anda seperti
stereo kereta dan kelengkapan
keselamatan.