User Manual
70
meninggalkannya di luar tanpa pelindung lebih
dari masa yang perlu dan kerap mewarnanya
semula.
PEMBERSIHAN
Lap bersih dengan kain yang telah dilembapkan di
dalam air dan larutan bersabun yang lembut. Lap
kering dengan kain yang bersih dan kering
PENYELENGGARAAN
Dengan mudah anda boleh menyegarkan semula
perabot luar kayu anda dan menjadikannya lebih
tahan dengan kerap mewarnanya semula, sebagai
contoh setahun sekali. Anda mungkin perlu lebih
kerap mewarnanya semula, bergantung pada
cuaca, dan pendedahan perabot pada matahari
dan hujan. Mewarna semula mengelakkan
permukaan daripada kering dan merekah dan
kelembapan daripada menyerap ke dalam kayu.
Apabila titisan hujan terus meresap ke dalam kayu
dan tidak lagi membentuk manik-manik kecil di
atas permukaan, itu menandakan yang perabot
yang terdedah pada persekitaran yang terbuka
tersebut perlu diwarnakan semula.
Bagaimana mewarna semula
Pilih tempat teduh untuk membersih, mewarna
semula dan biarkan perabot kering. Elak cahaya
matahari terus.
1. Lap bersih dengan kain lembut dilembapkan
dalam air dan cecair lembut bersabun, jika
perlu. Lap kering dengan kain yang bersih dan
kering.
Guna berus lembut untuk tanggalkan kesan
degil. Jika perlu, empelas permukaan dengan
kertas pasir bergred halus. Pastikan empelas
pada arah ira. Jangan guna sabut keluli atau
berus bulu kejur logam - kepingan logam boleh
terperangkap di dalam kayu dan berkarat. Jika
serat kayu timbul selepas membersih, empelas
permukaan dengan kertas pasir halus.
2. Goncang botol dan sapukan salutan pewarna
nipis, rata pada perabot menggunakan berus
atau span. Sapu pada keseluruhan permukaan
segera dan pada arah ira.










