User Manual

62
Bahasa Malaysia
63
Bahasa Malaysia
Perihalan Jabra BT325s anda
8
3
5
6
2
7
1
4
10
9
!
Terima kasih
Terima kasih kerana membeli set kepala Bluetooth Jabra BT325s. Kami harap anda
menyukainya.
Panduan pengguna ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
memaksimumkan penggunaan set kepala Jabra anda.
Ingatlah, dahulukan memandu, bukan panggilan!
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengganggu perhatian anda dan
meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan. Jika keadaan memandu amat
mendesak (seperti cuaca buruk, kesesakan lalu lintas, kehadiran kanak-kanak di dalam
kereta, keadaan jalan raya yang sukar), hentikan kereta di bahagian tepi jalan sebelum
membuat atau menjawab panggilan. Selain itu, cuba pendekkan perbualan dan jangan
ambil nota atau membaca dokumen.
Penggunaan set kepala ini dengan kedua-dua belah
telinga tertutup semasa memandu mungkin tidak
dibenarkan di sesetengah negara.
Ingat: Sentiasa memandu dengan selamat,
elakkan gangguan dan patuhi undang-undang di mana
anda berada.
Lindungi pendengaran anda!
Membuat panggilan atau mendengar muzik dengan tahap kelantangan yang tinggi
boleh menjejaskan pendengaran anda. Sila sentiasa gunakan set kepala Jabra anda pada
tahap kelantangan yang rendah dan selamat. Jabra tidak bertanggungjawab terhadap
kerosakan pendengaran yang disebabkan oleh penggunaan set kepala Jabra anda pada
tahap kelantangan yang tidak selamat.
Jika menggunakan set fon kepala selain daripada model Jabra yang
dibekalkan, sila ambil perhatian bahawa perbezaan impedans dan
kepekaan mungkin mengehadkan atau menambah tahap keluaran
kelantangan maksimum. Oleh itu, sentiasa amalkan langkah beringat
apabila menggunakan fon kepala selain daripada model Jabra yang asli.
1. Tambahkan kelantangan (+)
Kurangkan kelantangan (-)
2. Soket fon kepala
3. Penyambung fon kepala (boleh
ditanggalkan)
4. Klip penutup dengan gelung lanyard
5. Butang jawab/tamat
6. Kord tetap dengan jek stereo 3.5 mm
untuk peranti muzik luaran
7. Lampu Penunjuk
8. Fon kepala stereo (boleh ditukar)
9. Mikrofon
10. Soket mengecas