User manual
Table Of Contents
- 内容
- 1. 安全信息
- 2. 安全说明
- 3. 产品说明
- 4. 控制板
- 5. 程序表
- 6. OPTIONS(选项)
- 7. 设置
- 8. 首次使用前
- 9. 日常使用
- 10. 建议和提示
- 11. 养护和清洁
- 12. 故障排除
- 13. 技术数据
- CONTENTS
- 1. SAFETY INFORMATION
- 2. SAFETY INSTRUCTIONS
- 3. PRODUCT DESCRIPTION
- 4. CONTROL PANEL
- 5. PROGRAMME TABLE
- 6. OPTIONS
- 7. SETTINGS
- 8. BEFORE FIRST USE
- 9. DAILY USE
- 10. HINTS AND TIPS
- 11. CARE AND CLEANING
- 12. TROUBLESHOOTING
- 13. TECHNICAL DATA
- KANDUNGAN
- 1. MAKLUMAT KESELAMATAN
- 2. MAKLUMAT KESELAMATAN
- 3. PERIHALAN PRODUK
- 4. PANEL KAWALAN
- 5. JADUAL PROGRAM
- 6. OPSYEN
- 7. TETAPAN
- 8. SEBELUM PENGGUNAAN PERTAMA
- 9. PENGGUNAAN HARIAN
- 10. PETUA DAN PETUNJUK
- 11. PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
- 12. MENYELESAIKAN MASALAH
- 13. DATA TEKNIKAL

2. MAKLUMAT KESELAMATAN
2.1 Pemasangan
• Keluarkan semua pembungkusan.
• Jangan pasang atau gunakan
perkakas yang rosak.
• Patuhi arahan pemasangan yang
diberikan dengan perkakas.
• Sentiasa berhati-hati apabila anda
mengalihkan perkakas kerana ia
berat. Sentiasa pakai sarung tangan
keselamatan.
• Jangan pasang atau gunakan
perkakas apabila suhu kurang
daripada 5°C atau lebih tinggi
daripada 35°C.
• Pastikan bahawa lantai di tempat
anda memasang perkakas adalah
rata, stabil, tahan haba dan bersih.
• Pastikan bahawa terdapat peredaran
udara di antara perkakas dengan
lantai.
• Sentiasa alihkan perkakas secara
menegak.
• Permukaan belakang perkakas perlu
disandarkan pada dinding.
• Apabila perkakas diletakkan pada
kedudukan kekalnya, periksa sama
ada ia benar-benar mendatar dengan
bantuan timbang air. Jika tidak,
laraskan kakinya sehingga ia benar-
benar mendatar.
2.2 Sambungan elektrik
AMARAN
Risiko kebakaran dan
kejutan elektrik.
• Perkakas perlu dibumikan.
• Pastikan bahawa maklumat elektrik
pada plat kadaran sesuai dengan
bekalan kuasa. Jika tidak, hubungi
juruelektrik.
• Sentiasa gunakan soket kalis kejutan
yang dipasang dengan betul.
• Jangan gunakan penyesuai berbilang
palam dan kabel sambungan.
• Jangan tarik kabel sesalur untuk
memutuskan sambungan perkakas.
Sentiasa tarik palam sesalur.
• Jangan sentuh kabel sesalur atau
palam sesalur dengan tangan yang
basah.
• Hanya untuk UK dan Ireland.
Perkakas mempunyai palam sesalur
13 amp. Jika perlu menukar fius di
dalam palam sesalur, gunakan fius 13
amp ASTA (BS 1362).
• Perkakas ini mematuhi Arahan E.E.C.
2.3 Penggunaan
AMARAN
Risiko kecederaan, kejutan
elektrik, kebakaran, luka
terbakar atau kerosakan
perkakas.
• Gunakan perkakas ini di dalam rumah
sahaja.
• Jangan keringkan item rosak yang
mengandungi pad atau isian.
• Hanya fabrik kering yang boleh
diguna pakai untuk dikeringkan di
dalam mesin pengering. Ikuti arahan
pada label fabrik.
• Jika anda membasuh kain cucian
anda dengan penanggal kotoran,
mulakan kitaran bilas tambahan
sebelum anda memulakan pengering.
• Jangan minum atau menyediakan
makanan dengan air terpeluwap/air
suling. Ia boleh menyebabkan
masalah kesihatan kepada individu
dan haiwan peliharaan.
• Jangan duduk atau berdiri di atas
pintu yang terbuka.
• Jangan keringkan pakaian yang
basah lencun di dalam mesin
pengering.
2.4 Penjagaan dan
pembersihan
AMARAN
Risiko kecederaan atau
kerosakan terhadap
perkakas.
• Jangan gunakan penyembur air dan
wap untuk membersihkan perkakas.
• Bersihkan perkakas dengan kain
lembut yang lembap. Gunakan
detergen yang neutral sahaja. Jangan
gunakan produk pelelas, pad
www.electrolux.com38