User guide
• Aktifkan pemegang (v) pada sisi bawah kerusi keselamatan kanak-kanak.
• Tarik keluar penyambung ISOFIX (w) sehabis mungkin.
• Putar penyambung 180 ° sehingga ia menunjukkan ke arah penyambung
ISOFIX-CONNECT (u).
• Tekan kedua-dua penyambung ISOFIX (w) ke dalam GUIDES (u) sehingga
anda mendengar bunyi “klik” pada titik-titik penetap (i).
• Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak dipasangkan dengan betul dengan
cara mencuba untuk menarikna keluar.
• Petunjuk keselamatan hijau (x) mestilah jelas kelihatan di kedua-dua belah
butang pelepas merah (y).
• Sekarang anda boleh menggunakan pemegang (v) pada bahagian bawah
kerusi keselamatan kanak kanak untuk melaraskan posisi kerusi.
• Anda sekarang boleh menetapkan anak anda di kerusi keselamatan kanak-
kanak tersebut; sila lihat “MENETAPKAN KANAK-KANAK”
Jika menghadapi kesukaran untuk mengakses titik pelabuhan ISOFIX (i) kereta anda,
dan juga untuk melindungi pelapik kerusi , anda boleh menetapkan panduan ISOFIX
(u) secara kekal yang telah disediakan dikedua bahagian titik pelabuhan. Di dalam
kebanyakan kereta, adalah lebih berkesan untuk memasang panduan ISOFIX (u) di
arah yang bertentangan.
PEMASANGGAN TEMPAT DUDUK KANAK-KANAK DENGAN
SISTEM ISOFIX-CONNECT
Keselamatan anak anda dapat ditingkatkan dengan menggunakan sistem
ISOFIX-CONNECT bersama dengan CYBEX PALLAS 2-fix yang diketatkan
pada kenderaan. Anak anda masih dalam kedudukan menggunakan tali
pinggang tiga penjuru otomatik kereta anda.
perhatian! Titik-titik penetap ISOFIX (j) adalah dua gelung logam untuk setiap kerusi,
yang terletak di antara sandaran kepala dan kusyen kerusi tempat duduk kenderaan
anda. Jika ragu-ragu, sila rujuk kepada manual pemilik kenderaan anda.
perhatian! Pastikan bahawa kedua-dua petunjuk keselamatan (x) pada penyambung
ISOFIX (w) tidak kelihatan. Jika perlu, bebaskan penyambung (w) tersebut dengan
dengan menolak dan pada masa yang sama menarik kembali butang pelepas merah
(y). Ulangi prosedur ini dengan penyambung kedua.
perhatian! Sila rujuk kepada bahagian “MELETAKKAN KERUSI KESELAMATAN
KANAK KANAK DI DALAM KERETA”
Untuk menetapkan CYBEX JUNO-fix dengan betul, sila perhatikan arahan dibawah:
13
EN
MY