User guide

Terdapat perakuan “separa sejagat” untuk menetapkan kerusi keselamatan
kanak-kanak dengan ISOFIX CONNECT. Oleh sebab itu, CYBEX JUNO-fix
dengan ISOFIX CONNECT hanya boleh dipasang pada jenis kereta yang
tertentu. Sila rujuk kepada senarai kereta yang diluluskan untuk memeriksa
keserasian kenderaan anda. Senarai ini dikemas kini secara berkala dan versi terbaru
boleh diakses secara online di www.cybexonline.com. Bagasi atau lain-lain objek di
dalam kenderaan itu yang mungkin menyebabkan kecederaan dalam kemalangan
mesti dalam kedudukan selamat dan terjamin. Objek yang longgar boleh bertukar
menjadi hentakan maut semasa impak kemalangan.
perhatian! Jangan tinggalkan anak anda di dalam kereta tanpa penjaga.
POSISI TERBAIK DI DALAM KERETA
CYBEX JUNO-FIX boleh digunakan tanpa ISOFIX CONNECT di semua
kerusi kenderaan dengan tali pinggang 3 penjuru perenggang automatic.
Walaubagaimanapun, kami mengesyorkan anda memasang kerusi
keselamatan kanak-kanak di bahagian kerusi belakang penumpang hadapan. Kanak-
kanak akan terdedah kepada risiko bahaya yang lebih tinggi jika kerusi keselamatan
kanak-kanak dipasang pada bahagian tengah kerusi penumpang belakang. Dalam
keadaan tertentu, kami mengesyorkan kerusi keselamatan boleh digunakan di
bahagian kerusi penumpang hadapan. Sila ambil perhatian kepada panduan dibawah:
Untuk kereta yang mempunyai beg udara di hadapan, kerusi penumpang mesti
ditolak kebelakang sejauh mungkin.
Adalah sangat mustahak untuk anda mematuhi segala saranan oleh pengeluar
kereta
AMARAN Jangan gunakan kerusi kanak-kanak dengan tali pinggang dua
penjuru atau tali pinggang riba. Apabila memasang anak anda dengan tali
pinggang dua penjuru, mungkin boleh menyebabkan kecederaan maut apabila
kemalangan.
!
AMARAN Bagi kenderaan dengan kerusi yang diletakkan di sisi, penggunaan
tempat duduk kanak-kanak ini adalah tidak dibenarkan. Bagi kerusi yang
menghadap ke belakang, misalnya dalam sebuah van atau bas mini,
penggunaan tempat duduk kanak-kanak itu dibenarkan, dengan anggapan
kerusi itu diluluskan untuk orang dewasa. Sila pastikan bahawa sandaran kepala
tidak dicabutkan apabila memasang tempat duduk kanak-kanak di kerusi yang
menghadap ke belakang! Tempat duduk kanak-kanak mesti mempunyai tali
pinggang keledar diikat walaupun ketika tidak digunakan. Ini adalah perlu untuk
mengelakkan pemandu atau penumpang mendapat kecederaan oleh kerusi
kanak-kanak longgar apabila membuat hentian kecemasan atau dalam kes
kemalangan.
!
11
EN
MY