User guide
Gunakan sandaran kepala boleh laras (e) untuk melaras kerusi kepada ketinggian
kanak-kanak. Hanya apabila sandaran kepala (e)dilaraskan kepada tinggi yang
optimum ia akan memberikan perlindungan maksimum dan juga keselesaan kepada
kanak-kanak. Terdapat 8 jenis posisi yang boleh digunakan untuk melaraskan tinggi
sandaran kepala. Ia sepatutnya boleh dilaraskan supaya terdapat ruang sebanyak
lebar dua jari antara hujung bawah sandaran kepala dengan bahu kanak-kanak.
Untuk melaraskan sandaran kepala (e) lepaskan pemegang pelarasan (h) dengan
menariknya. Pemegang pelarasan (h) terletak di bahagian bawah sandaran
kepala (e). Tekan sandaran kepala ke posisi yang diinginkan. Sebaik sahaja anda
melepaskan pemegang pelarasan (h), sandaran kepala (e) akan terkunci ditempatnya
secara otomatik.
PELARASAN KEPADA KETINGGIAN KANAK-KANAK
9
EN
MY