Daim Ntawv Qhia Tus Neeg Siv

145PANDUAN PENGGUNA ALAT KAWALAN JAUH CR310
UNTUK KANSO® 2
Sambungan komunikasi tanpa wayar
Sambungan komunikasi tanpa wayar alat kawalan jauh
beroperasi dalam jalur ISM 2.4 GHz menggunakan GFSK
(Gaussian Frequency Shift Keying) pada 4 saluran. Sambungan
ini menggunakan protokol komunikasi dwiarah proprietari dan
beroperasi meliputi jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari
pemproses. Sambungan komunikasi tanpa wayar bertukar-
tukar secara berterusan antara 4 saluran untuk mengelakkan
gangguan pada mana-mana saluran tertentu. Melalui
paparannya, alat kawalan jauh menunjukkan apabila
pemproses berada di luar lingkungan pengendalian (atau
dimatikan) atau apabila sambungan terganggu disebabkan
gangguan spektrum luas (lihat halaman 127).
Perlindungan persekitaran
Alat kawalan jauh anda mengandungi komponen elektronik
yang tertakluk pada Arahan 2002/96/EC berkenaan
kelengkapan elektrik dan sisa elektronik.
Bantulah melindungi alam sekitar dengan tidak melupuskan
alat kawalan jauh atau bateri anda bersama dengan sampah
rumah yang tidak diasingkan. Sila kitar semula alat kawalan
jauh dan bateri anda mengikut peraturan setempat anda.
Pengelasan kelengkapan
Alat kawalan jauh anda merupakan aksesori peranti perubatan
seperti yang diterangkan dalam standard antarabangsa IEC
60601-1:2005/A1:2012, Kelengkapan Elektrik Perubatan –
Bahagian 1: Keperluan Umum bagi Keselamatan Asas dan
Prestasi Penting.
MAKLUMAT LAIN