Daim Ntawv Qhia Tus Neeg Siv

140
PANDUAN PENGGUNA ALAT KAWALAN JAUH CR310
UNTUK KANSO® 2
Amaran
Menelan bateri Litium boleh menyebabkan kecederaan
serius atau kematian. Jika tertelan, pergi ke bilik kecemasan
hospital dengan segera. Jauhkan daripada jangkauan
kanak-kanak. Simpan dalam pembungkusan asal sehingga
sedia digunakan. Buang bateri yang telah dipakai dengan
segera.
Jangan gunakan alat kawalan jauh anda jika alat menjadi
luar biasa hangatnya. Maklumi klinisian anda dengan
segera.
Bahagian-bahagian kecil seperti bateri bentuk syiling boleh
membawa bahaya tercekik. Pastikan penutup bateri
dikunci pada setiap masa. Tukar bateri di luar jangkauan
kanak-kanak. Jangan benarkan kanak-kanak kecil
menukar bateri.
Sebarang pengubahsuaian pada kelengkapan ini tidak
dibenarkan.
Jangan buka pemasangan, ubah suai, cacatkan atau
rendam alat kawalan jauh anda di dalam air. Jika alat
kawalan jauh anda tidak berfungsi, kembalikannya kepada
klinisian anda. Jaminan akan menjadi tidak sah jika dibuka.
Gunakan kain lembut yang kering SAHAJA untuk
membersihkan permukaan alat kawalan jauh anda.
Jangan gunakan alkohol, bahan pencuci di rumah atau
bahan pelelas untuk membersihkan alat kawalan jauh
anda.
Jangan bengkokkan atau mampatkan paparan pada alat
kawalan jauh anda.