Daim Ntawv Qhia Tus Neeg Siv
131PANDUAN PENGGUNA ALAT KAWALAN JAUH CR310
UNTUK KANSO® 2
Kawal dua pemproses
Jika anda mempunyai dua pemproses bunyi:
• dua Pemproses Bunyi Kanso 2 (bilateral)
• dua Pemproses Bunyi Nucleus 7 (bilateral)
• Pemproses Bunyi Kanso 2 dan Pemproses Bunyi Nucleus 7
(bilateral campuran)
alat kawalan jauh anda boleh berkomunikasi dengan
kedua-dua pemproses secara serentak.
Jika pemproses anda mempunyai tetapan yang berbeza
(mungkin kerana anda telah melaraskan satu daripadanya
menggunakan butang pemproses), alat kawalan jauh akan
memaparkan program dan tetapan volum/kesensitifan bagi
pemproses kiri. Jika telegegelung atau aksesori tanpa wayar
salah satu pemproses dihidupkan, alat kawalan jauh akan
memaparkan penunjuk yang berkenaan.
Paparkan tetapan sedia ada
Apabila anda menghidupkan alat kawalan jauh, alat tersebut
akan sentiasa memaparkan tetapan sedia ada (seperti volum),
walaupun setelah anda melaraskan tetapan tersebut
menggunakan butang pemproses (atau Aplikasi Nucleus
Smart), sewaktu alat kawalan jauh dimatikan.
PENGGUNAAN