Daim Ntawv Qhia Tus Neeg Siv

120
PANDUAN PENGGUNA ALAT KAWALAN JAUH CR310
UNTUK KANSO® 2
Alat Kawalan Jauh Cochlear
CR310 merupakan peranti pegang untuk
mengawal fungsi yang biasa digunakan bagi Pemproses Bunyi
Cochlear™ Kanso® 2 anda (nombor model: CP1150).
Alat kawalan jauh membolehkan anda:
tukar program
menaikkan dan menurunkan volum atau kesensitifan (jika tersedia)
mengawal penstriman audio daripada Aksesori True Wireless
.
Jika anda mempunyai dua pemproses bunyi:
dua Pemproses Bunyi Kanso® 2 (bilateral)
dua Pemproses Bunyi Nucleus® 7 (bilateral)
Pemproses Bunyi Kanso 2 dan Pemproses Bunyi Nucleus 7
(bilateral campuran)
alat kawalan jauh anda boleh berkomunikasi dengan kedua-dua
pemproses secara serentak.
Panduan ini ditujukan kepada penerima implan Cochlear dan penjaga
mereka yang menggunakan Pemproses Bunyi Kanso 2. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, rujuk Panduan Pengguna Pemproses
Bunyi Kanso 2.
NOTA
Rujuk bahagian Amaran untuk amaran dan peringatan yang
berkaitan dengan penggunaan alat kawalan jauh dan bateri.
Simbol yang digunakan dalam panduan ini
NOTA
Maklumat atau nasihat penting.
PETUA
Petua menjimatkan masa.
PERINGATAN (tidak memudaratkan)
Langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk memastikan
keselamatan dan keberkesanan. Boleh menyebabkan
kerosakan pada kelengkapan.
AMARAN (memudaratkan)
Kemungkinan bahaya keselamatan dan kesan mudarat
serius. Boleh menyebabkan bahaya kepada diri.