User Manual
MS-7
Memasang Pendakap Lekapan Dinding
Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan
Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan
betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas.
Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat
pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan.
Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak
terpasang.
Berhati-hati agar tidak menjatuhkan projektor.
Berhati-hati apabila mengendalikan komponen kecil. Komponen kecil boleh ditelan oleh kanak-kanak
atau binatang peliharaan. Jika ini berlaku, hubungi doktor serta merta.
Skru yang tidak diketatkan dengan betul boleh menyebabkan kasus merekah dan projektor jatuh, dan
mengakibatkan risiko kemalangan dan kecederaan peribadi. Jangan guna sebarang pelekat pengunci
benang, pelincir, minyak, atau agen lain seumpamanya pada skru yang mengukuhkan projektor ke
dinding.
Selepas pemasangan dan pelarasan selesai, periksa semua skru untuk memastikan ia diketatkan
dengan sempurna. Berhati-hati supaya skru tidak longgar dan juga elakkan daripada terlalu ketat.
Setelah pemasangan selesai, simpan manual ini dan item lain yang dibekalkan bersama pendakap di
tempat yang selamat.
Kecuali jika dinyatakan secara khusus, ilustrasi di dalam manual ini menunjukkan cara untuk membuat
persediaan menggunakan wayar keselamatan dengan lelubang lurus.
1. Lekatkan plat pengukuh dinding kiri dan kanan kepala plat pengukuh dinding
tengah menggunakan lapan skru kepala heks M4×8mm atau skru kepala heks
M4×10mm.
2. Merujuk kepada “Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding”
(halaman MS-9), menentukan kedudukan pemasangan.
3. Merujuk kepada “Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh
Dinding” (halaman MS-10), gerudi lubang pada dinding.
1. Susun plat pengukuh dinding dan lekatkan pada dinding.
Plat pengukuh dinding kiri
Skru kepala heks
M4×8mm atau skru
kepala heks
M4×10mm
Plat pengukuh dinding tengah
Plat pengukuh dinding kanan
Skru kepala heks
M4×8mm atau skru
kepala heks
M4×10mm
C










