User Manual

MS-20
Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut
Penting!Penting!Penting!
Langkah Berjaga-jaga semasa Melaraskan Skrin Tayangan
Tayang ke skrin jenis papan atau permukaan rata dan leper lain yang sesuai. Menayang ke skrin jenis
gulung atau permukaan tidak rata lain tidak disyorkan kerana ia akan menyebabkan herotan pada imej
yang ditayangkan. Penggunaan skrin bersudut pandangan lebar (jenis kusam) disyorkan. Skrin jenis
manik tidak sesuai kerana pencerahan skrinnya yang tinggi.
Mula-mula, laraskan fokus. Seterusnya, laraskan kedudukan dan sudut skrin. Melaraskan fokus akan
mengubah saiz imej yang ditayangkan.
Kedudukan dan/atau fokus imej tayangan mungkin berubah sedikit apabila operasi menjadi stabil
sepanjang 30 minit pertama selepas projektor dihidupkan, atau selepas terdapat perubahan pada
suhu sekitar, kelembapan, atau keadaan persekitaran lain. Jika ini berlaku, fokuskan semula.
Bagi membolehkan sebarang perubahan yang mungkin perlu dilakukan selepas projektor disediakan,
konfigurasikan persediaan awal supaya imej tayangan kecil sedikit daripada saiz skrin yang sedang
digunakan.
Beberapa ketika selepas pemasangan, getaran perkakasan lekapan dinding dan/atau cermin atau
komponen projektor lain boleh menyebabkan kedudukan projektor beranjak. Bagi membenarkan ini,
dan sebarang perubahan disebabkan oleh permukaan tayangan yang tidak rata, sediakan projektor
dengan margin di sekeliling imej tayangan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah.
Sokong projektor dengan kemas dari bawah apabila melaraskan dongakan dan/atau
sudut. Setelah pelarasan selesai, ketatkan semula semua skru. Pemasangan oleh orang
yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah
lain.
Melainkan jika diarahkan sebaliknya secara spesifik, pelarasan perlu dilakukan dengan
projektor pada keadaan awal keluaran kilang. Pelarasan akan dipengaruhi jika anda
telah mengubah pembetulan pepasak projektor atau tetapan lain.
Untuk maklumat tentang operasi projektor, sila lihat Panduan Pengguna projektor.
Saiz skrin (A)
(inci)
Margin atas dan bawah (B) (D)
(mm)
Margin kiri dan kanan (C) (E)
(mm)
60 20 25
80 25 30
100 30 35
+