User Manual

Langkah-Langkah Keselamatan
MS-4
Menggunakan projektor di atas
pelantar beroda
Apabila menggunakan projektor di atas pelantar
beroda, pastikan anda kuncikan roda apabila tidak
menggerakkan pelantar itu.
Kilat
Semasa berlaku ribut kilat, jangan sentuh palam
kord kuasa projektor.
Alat kawalan jauh
Jangan sekali-kali cuba merungkas atau
ubah suai alat kawalan jauh dengan apa
jua cara. Berbuat demikian
mengakibatkan risiko renjatan elektrik,
kecederaan terbakar, dan kecederaan diri
yang lain. Pastikan pemeriksaan
dalaman, pelarasan, dan pembaikan
dilakukan oleh pengedar asal anda atau
pusat servis CASIO yang bertauliah.
Jangan sekali-kali membiarkan alat
kawalan jauh basah. Air mengakibatkan
risiko kebakaran dan renjatan elektrik.
Jangan gunakan semburan gas
mudah terbakar di kawasan
berdekatan
Jangan sembur gas mudah terbakar ke
dalam atau di persekitaran projektor. Gas
tersebut mungkin menyalakan dan
menyebabkan risiko kebarakan.
Kord kuasa
Penyalahgunaan kord kuasa
mengakibatkan risiko kebakaran dan
renjatan elektrik. Pastikan anda sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga seperti
berikut.
Apabila mencabut palam kord kuasa, sentiasa
genggam palam, dan jangan tarik kord kuasa.
Masukkan palam ke dalam salur keluar kuasa
sedalam yang boleh.
Setelah menggunakan projektor, cabut palam
dari salur keluar kuasa.
Cabut palam projektor dari salur keluar kuasa jika
anda tidak berhasrat untuk menggunakannya
untuk jangka masa yang lama.
Sekurang-kurangnya sekali setahun, cabut
palam kuasa dan gunakan kain yang kering atau
pembersih hampagas untuk membersihkannya
daripada habuk di kawasan sekitar gigi palam
kuasa.
Jangan sekali-kali gunakan detergen untuk
membersihkan kord kuasa, terutamanya palam
kuasa dan bicu.
Sebelum mengalihkan projektor, pastikan ia
dimatikan dan cabut palamnya dari salur keluar
kuasa dahulu.
Sandaran data penting
Pastikan anda menyimpan rekod bertulis
secara berasingan bagi semua data yang
tersimpan di dalam memori projektor.
Data memori boleh hilang disebabkan
oleh kerosakan, penyelenggaraan, dsb.
Semasa tayangan, pastikan tiada apa
di hadapan lensa yang mengadang
cahaya.
Objek di hadapan lensa mengakibatkan risiko
kebakaran.
Kesan lensa
Jangan sekali-kali meletakkan akuarium atau
sebarang objek lain yang menghasilkan kesan
lensa di hadapan projektor semasa unit sumber
cahaya dihidupkan. Objek seperti itu
mengakibatkan risiko kebakaran.
Lensa
Jangan sekali-kali menyentuh lensa dengan
tangan anda.
!
+
-
Awas
*
B