Panduan Pengguna

12
Untuk melaras imej secara (AUTO)
Tekan kekunci [AUTO].
z Menekan kekunci [AUTO] secara automatik akan melaraskan frekuensi dan fasa menurut isyarat
input, yang boleh mengurangkan kerlipan dan masalah imej tayangan lain.
z Operasi ini disokong apabila sumber input adalah Komputer (RGB).
Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)
Tekan kekunci [ASPECT] untuk mengitar semua seting nisbah bidang untuk imej yang ditayang.
Jadual di bawah menunjukkan seting yang tersedia untuk setiap jenis sumber input.
Penerangan Setiap Seting
z Untuk butiran lanjut mengenai bagaimana seting nisbah bidang memberi kesan kepada imej
yang ditayang, lihat “Seting Nisbah Bidang dan Imej Tayangan” (halaman 35).
z Anda juga boleh menukar nisbah bidang menggunakan seting “Seting Skrin 3 Nisbah
Bidang” Menu Persediaan (halaman 20).
z Ambil perhatian bahawa membesarkan atau mengurangkan saiz imej menggunakan kekunci
[ASPECT] untuk tujuan komersil atau persembahan umum mungkin melanggar hak cipta yang
dilindungi secara sah bagi pemegang hak cipta bahan asal.
Sumber Input Menekan kekunci [ASPECT] akan togol antara seting ini:
RGB, HDMI (PC) Normal J Penuh J 16:9 J 16:10
Komponen, HDMI (DTV) Normal J 16:9 J 16:10 J 4:3
Normal:Menayang pada saiz semaksimum mungkin bagi projektor sambil mengekalkan nisbah
bidang isyarat input.
Penuh: Menayang pada saiz semaksimum mungkin bagi projektor dengan membesarkan atau
mengurangkan isyarat input.
16:9: Seting ini menentukan nisbah bidang 16:9, yang merupakan saiz yang sama bagi skrin filem,
TV definisi tinggi, dsb. Menggunakan seting ini apabila isyarat input adalah imej 16:9 yang
telah dipadatkan menjadi imej 4:3 menyebabkan imej tersebut dipaparkan dengan nisbah
bidang 16:9 normalnya.
16:10: Seting ini menetapkan nisbah bidang 16:10. Gunakan seting ini untuk melaraskan imej untuk
penayangan pada skrin yang nisbah bidangnya ialah 16:10.
4:3: Tanpa mengira nisbah bidang isyarat inout, imej akan sentiasa disaizkan semula kepada
nisbah bidang 4:3 untuk tayangan.