User Manual
5
Ciri dan Fungsi Berguna
Sumber Cahaya Hibrid Bebas Merkuri
Sumber cahaya hibrid LED dan laser asli CASIO memberikan luminans tinggi sehingga 2,700 lumen
(XJ-V1)/3,000 lumen (XJ-V2). Projektor ini tidak menggunakan lampu merkuri, menjadikannya mesra
alam.
Penayangan tanpa tunggu
Sumber cahaya hibrid CASIO mencapai kecerahan maksimum sebaik saja selepas kuasa
dihidupkan, berbanding dengan masa tunggu selama kira-kira satu minit yang biasanya diperlukan
untuk lampu merkuri. Sumber cahaya akan mencapai kecerahan maksimum dengan segera jika
anda hidupkan kembali sejurus selepas anda mematikannya. Lampu merkuri memerlukan masa
menunggu yang lebih lama dalam kes ini untuk menyejuk.
Mod Eko
Anda boleh pilh daripada lima tahap yang memberikan kombinasi berlainan yang mengimbangkan
penjimatan kuasa dengan kecerahan penayangan.
Sokongan untuk Tiga Sumber Input
RGB Analog, video komponen (Y·Cb·Cr, Y·Pb·Pr), dan sumber input HDMI disokong.
Pembetulan Pepasak Menegak
Pelarasan Manual untuk membetulkan pepasak menegak (herotan bentuk imej yang ditayangkan
yang berlaku apabila penayangan dilakukan daripada bawah atau atas permukaan penayangan)
dan mengembalikan ke bentuk segi empat.
Terminal AUDIO KELUAR untuk Output Audio
Input audio melalui terminal HDMI projektor atau terminal AUDIO MASUK ialah output daripada
terminal AUDIO KELUAR. Pembesar suara amp atau peralatan lain boleh disambungkan ke terminal
AUDIO KELUAR apabila anda mahu outputkan audio daripada peranti lain melalui projektor.
Lekapan Siling dan Sokongan Penayangan Belakang
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk menayangkan imej berorientasi normal walaupun apabila
dipasang terbalik (untuk penayangan siling) atau apabila menayang dari belakang skrin.
Penghidupan Kuasa Terus
Projektor boleh dikonfigurasikan untuk dihidupkan secara automatik dan mula menayang sebaik
sahaja ia dipasang pada salur keluar kuasa.
Kemas kini perisian tegar
Kemas kini perisian tegar (perisian dalam ROM kilat projektor) boleh dipindahkan ke projektor dari
komputer jika diperlukan.