User Manual
30
Periksa item berikut apabila anda mengalami sebarang masalah dengan projektor.
Penyelesaian Masalah Projektor
Masalah Penyebab dan Saranan Tindakan
Kuasa tidak hidup. Jika penunjuk POWER/STANDBY tidak menyala, kord kuasa AC tidak bersambung
dengan betul. Sambungkan kord kuasa AC dengan betul.
Jika petunjuk POWER/STANDBY bernyala merah dan petunjuk STATUS bernyala
(atau berkedip) merah atau kuning jingga, ia bermakna beberapa jenis ralat telah
berlaku. Lihat “Petunjuk Ralat dan Mesej Amaran” (halaman 28).
Tiada imej ditayangkan
atau imej yang
ditayangkan tidak normal.
Peranti komputer atau video yang bersambung kepada projektor tidak dihidupkan
atau tidak mengeluarkan isyarat video. Pastikan peranti komputer atau video yang
bersambung dihidupkan, dan lakukan operasi yang diperlukan padanya untuk
mengeluarkan isyarat video.
Sumber output yang betul tidak dipilih pada projektor. Pada projektor, pilih sumber
input yang betul yang berpadanan dengan peranti yang bersambung.
Imej mungkin tidak ditayangkan dengan betul apabila terminal output komponen
peranti video bersambung dengan terminal KOMPUTER projektor.
Warna atau paparan imej
sangat tidak normal.
Opsyen salah (“Komponen” atau “RGB”) yang salah mungkin dipilih untuk seting
“Seting Input Terminal KOMPUTER” pada menu persediaan. Imej tidak akan
ditayangkan dengan betul jika “Komponen” dipilih semasa terminal KOMPUTER
projecter bersambung dengan terminal output RGB komputer, atau jika “RGB” dipilih
semasa terminal KOMPUTER projektor bersambung dengan terminal output video
komponen peranti video. Pada menu persediaan, pilih “Auto” untuk seting “Seting
Input Terminal KOMPUTER”, Lihat halaman 21.
Saya tidak dapat
memahami mesej atau
menu kerana bahasanya
salah.
Lakukan operasi berikut untuk memilih bahasa yang anda mahu. Lihat halaman 21.
1. Tekan kekunci [MENU] untuk memaparkan menu persediaan.
2. Jika isyarat input ialah HDMI, tekan [] empat kali dan kemudian tekan kekunci
[ENTER]. Jika isyarat input ialah RGB, Komponen, atau HDMI (DTV), tekan [] lima
kali dan kemudian tekan kekunci [ENTER].
3. Tekan [] dua kali dan kemudian tekan kekunci [ENTER] untuk memaparkan menu
pilihan bahasa.
4. Gunakan kekunci [] dan [] untuk mengalihkan penonjolan kepada bahasa yang
anda mahu pilih dan tekan kekunci [ENTER].
5. Tekan kekunci [MENU] untuk keluar dari menu persediaan.
Tiada output bunyi
daripada terminal AUDIO
KELUAR
Seting aras kelantangan projektor mungkin terlalu rendah atau disenyapkan.
Gunakan kekunci alat kawalan jauh [VOLUME +] dan [VOLUME –] untuk
melaraskan aras kelantangan. Lihat halaman 14.
Seting aras kelantangan peranti yang bersambung kepada projektor terlalu rendah
atau peranti lain tidak mengeluarkan audio. Laraskan aras kelantangan peranti
yang bersambung.
Output audio peranti yang bersambung mungkin tidak disambungkan dengan
betul kepada terminal AUDIO IN projektor. Periksa sambungan. Lihat
“Menyambung Kabel Projektor” (halaman 7).
Warna janggal Isyarat input mungkin tidak sepadan dengan seting projektor. Cuba lakukan perkara
berikut.
– Tekan kekunci [FUNC] dan kemudian pilih “Kecerahan” untuk melaraskan
kecerahan imej.
– Tekan kekunci [FUNC] dan kemudian pilih “Mod Warna” untuk menukar mod
warna.
– Pada menu persediaan, gunakan “Pelarasan Imej 1 Imbangan Warna” untuk
melaraskan imbangan warna imej tayangan.