User Manual
23
Ciri kata laluan membolehkan anda menyekat individu tanpa kebenaran daripada menggunakan
projektor. Anda boleh tetapkan sama ada input kata laluan diperlukan apabila anda menghidupkan
projektor, dan anda boleh tetapkan dan menukarkan kata laluan jika perlu. Gunakan seting “Seting
Opsyen 1 3 Kata Laluan” untuk mengesahkan seting kata laluan.
Menggunakan Ciri Kata Laluan
Ambil perhatian tentang langkah berjaga-jaga berikut apabila anda menggunakan ciri kata laluan.
Ciri kata laluan melindungi daripada penggunaan projektor yang tidak dibenarkan. Ambil perhatian
bahawa ia bukannya langkah antikecurian
.
Anda perlu memasukkan kata laluan lalai kilang asal apabila menggunakan projektor buat pertama
kali setelah menghidupkan ciri kata laluan. Tukar kata laluan lalai kilang asal kepada kata laluan lain
pilihan anda secepat mungkin selepas menghidupkan ciri kata laluan.
Jangan lupa bahawa operasi kata laluan sentiasa dilakukan menggunakan alat kawalan jauh, jadi
anda perlu berhati-hati agar tidak menghilangkan atau tersalah letak alat kawalan jauh itu.
Ambil perhatian juga bahawa anda tidak akan boleh memasukkan kata laluan jika bateri alat
kawalan jauh habis. Gantkan bateri alat kawalan jauh secepat mungkin setelah ia mula kehabisan.
Jika anda terlupa kata laluan anda...
Jika anda terlupa kata laluan, anda perlu membawa dua item berikut kepada pengedar CASIO anda
untuk mengosongkan kata laluan tersebut. Ambil perhatian bahawa anda akan dikenakan caj untuk
mengosongkan kata laluan tersebut.
Ambil perhatian bahawa pengedar CASIO anda tidak boleh mengosongkan kata laluan projektor
kecuali anda membawa kedua-dua item di atas.
Selain itu, simpan waranti projektor di tempat yang selamat.
Mengosongkan kata laluan anda melalui prosedur yang diterangkan di atas akan
mengembalikan semua seting projektor anda, kecuali Masa Nyala, kepada lalai kilang asal.
Simpan rekod bertulis kata laluan anda!
Anda tidak akan boleh menggunakan projektor jika anda terlupa kata laluannya. Kami amat
menyarankan agar anda menyimpan rekod bertulis kata laluan atau menggunakan cara lain untuk
menyimpannya supaya anda boleh mencarinya apabila perlu.
Perlindungan Kata Laluan
1. Pengenalan peribadi (lesen memandu asal atau salinan, I.D. pekerja, dsb.)
2. Unit projektor