User Manual
21
Seting Skrin 3
Lekapan Siling
Sediakan projektor untuk digantung dari siling.
Hidup:Pilih apabila projektor digantung dari siling. Oleh kerana bahagian bawah
projektor menghadap ke atas, imej yang ditayangkan diterbalikkan secara
melintang dan menegak.
Mati*: Pilih apabila projektor digunakan di atas meja. Ini akan menayangkan imej
dengan anggapan bahawa bahagian atas projektor menghadap ke atas.
Seting Skrin 3
Tiada Skrin Signal
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila tiada isyarat input
dimasukkan ke dalam projektor: “Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo”
(logo terbina dalam projektor).
Seting Skrin 3
Skrin Kosong
Pilih satu daripada berikut sebagai imej tayangan apabila kekunci [BLANK] ditekan:
“Biru”* (skrin biru), “Hitam” (skrin hitam), “Logo” (logo terbina dalam projektor).
Seting Skrin 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Skrin” kepada lalai awal untuk
sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Input 3
Terminal KOMPUTER (RC)
Nyatakan kaedah yang akan digunakan untuk mengenal pasti isyarat input terminal
KOMPUTER.
Auto*: Projektor mengenal pasti secara automatik isyarat input terminal KOMPUTER.
RGB: Sentiasa anggap isyarat input terminal KOMPUTER ialah isyarat RGB.
Komponen: Sentiasa anggap isyarat input terminal KOMPUTER ialah isyarat video
komponen.
Seting Input 3
Laras Tahap RGB (R)
Menentukan sama ada pelarasan aras isyarat RGB input didayakan (Hidup*) atau
dilumpuhkan (Mati). Meninggalkan seting ini sebagai “Hidup” akan biasanya
mengoptimumkan imej yang ditayangkan. Namun, bergantung kepada isyarat input,
mungkin terdapat kes di mana seting ini tidak mengoptimumkan imej dan malah
mungkin mengherotkannya. Jika ini berlaku, tukar seting ini kepada “Mati”,
Seting Input 3
Petunjuk Nama Isyarat
Nyatakan sama ada jenis isyarat input yang baharu dipilih perlu dipaparkan (Hidup*)
atau tidak dipaparkan (Mati) apabila kekunci [INPUT] ditekan untuk menukar isyarat
input.
Seting Input 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Input” kepada lalai awal untuk
sumber imej yang sedang ditayangkan.
Seting Opsyen 1 3
Laras Auto (R)
Nyatakan sama ada projektor perlu mengesan jenis isyarat input RGB (resolusi,
frekuensi) dan melaraskan imej tayangan sewajarnya.
Hidup*: Laras Auto didayakan.
Mati: Laras Auto dinyahdayakan.
Seting Opsyen 1 3
Mod Eko
Lihat “Mod Eko (ECO)” (halaman 15).
Seting Opsyen 1 3
Mati Kuasa Auto (R)
Nyatakan jumlah masa operasi projektor dan ketidakaktifan isyarat input yang
dibenarkan sebelum Mati Kuasa Auto dicetuskan untuk mematikan kuasa projektor
secara automatik. Mati Kuasa Auto boleh dinyahdayakan, jika anda mahu.
5 min, 10 min*, 15 min, 20 min, 30 min: Masa sehingga Mati Kuasa Auto dicetuskan.
Mati: Menyahdayakan Mati Kuasa Auto.
Seting Opsyen 1 3
Kata Laluan
Lihat “Perlindungan Kata Laluan” (halaman 23).
Seting Opsyen 1 3
Hidup Kuasa Terus (R)
Dayakan (Hidup) dan nyahdayakan (Mati*) hidup kuasa auto projektor sebaik saja
kord kuasa AC projektor dipasangkan ke salur keluar kuasa.
Seting Opsyen 1 3
Bahasa
Menentukan bahasa paparan.
Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Sweden, Portugis, Belanda,
Norway, Poland, Finland, Czech, Turki, Rusia, Lithuania, Vietnam, Thai, Melayu,
Indonesia, Arab, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Korea, Jepun.
Seting Opsyen 1 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Seting Opsyen 1” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini: