User Manual
20
Pelarasan Imej 1 3
Mod Warna
Pilih satu daripada mod warna imej tayangan berikut: “Standard*
1
”, “Grafik”,
“Teater*
2
”, “Papan Hitam”, “Semula jadi”.
*1 Lalai awal apabila RGB atau HDMI (PC) dipilih untuk input.
*2 Lalai awal apabila Komponen atau HDMI (DTV) dipilih untuk input.
Pelarasan Imej 1 3
Imbangan Warna
Pilih satu daripada praset imbangan warna berikut: “Hangat”, “Normal*”, “Sejuk”.
Juga boleh digunakan untuk melaraskan merah, hijau dan biru secara berasingan.
Pelarasan Imej 1 3
Mod Eko Mati
Apabila “Mati” dipilih untuk seting “Seting Opsyen 1 3 Mod Eko”, nyatakan sama
ada “Terang” (keutamaan kecerahan) atau “Normal*” (keutamaan rona) sebagai
seting kualiti imej.
Pelarasan Imej 1 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Pelarasan Imej 1” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Pelarasan Imej 2 3
Kedudukan Menegak (RC)
Laraskan kedudukan menegak dan melintang imej sumber input mengikut skrin
sasaran.
Pelarasan Imej 2 3
Kedudukan Melintang (RC)
Pelarasan Imej 2 3
Frekuensi (R)
Apabila jalur menegak muncul dalam imej yang ditayangkan semasa RGB dipilih
sebagai sumber input, ini bermakna seting frekuensi tidak betul. Apabila ini berlaku,
gunakan seting ini untuk melaraskan frekuensi secara manual. Jika, atas
sebab-sebab tertentu, seting frekuensi manual anda menyebabkan input imej dari
komputer hilang daripada tayangan, anda boleh menekan kekunci [AUTO] untuk
melakukan operasi laras auto, yang seharusnya menyebabkan imej itu muncul.
Pelarasan Imej 2 3
Fasa (R)
Laraskan fasa isyarat input RGB apabila imej berkelip-kelip kerana fasa projektor
dan fasa isyarat input RGB tidak sepadan.
Pelarasan Imej 2 3
Imbasan atas (CD)
Laraskan amaun imbasan atas untuk mendapatkan isyarat video input dalam julat
0% hingga 5%*. Saiz kawasan sempadan yang dipaparkan pada skrin tayangan
bergantung pada nilai seting. Nilai yang lebih kecil menghasilkan kawasan
sempadan yang lebih lebar seperti yang ditunjukkan di bawah.
Pelarasan Imej 2 3
Pulihkan Lalai Menu (RCD)
Kembalikan semua item di dalam menu utama “Pelarasan Imej 2” kepada lalai awal
untuk sumber imej yang sedang ditayangkan.
Pelarasan Kelantangan 3
Kelantangan
Lihat “Melaraskan Aras Kelantangan (VOLUME)” (halaman 14) untuk butiran lanjut.
Pelarasan Kelantangan 3
Pulihkan Lalai Menu
Kembalikan seting Kelantangan kepada lalai asal untuk sumber imej yang sedang
ditayangkan.
Seting Skrin 3
Pembetulan Pemasak
Gunakan submenu ini untuk melaraskan pembetulan pepasak menegak imej yang
ditayangkan.
Skrin Seting
3
Nisbah Bidang (RCHD)
Pilih seting nisbah bidang untuk imej yang ditayangkan.
Lihat “Untuk menukar nisbah bidang imej yang ditayang (ASPECT)” (halaman 12)
untuk butiran lanjut.
Seting Skrin 3
Mod Tayangan
Nyatakan sama ada tayangan akan berlangsung dari hadapan atau belakang skrin.
Hadapan*: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari hadapan skrin.
Belakang: Pilih opsyen ini untuk menayangkan dari belakang skrin. Seting ini
menerbalikkan imej hadapan yang ditayangkan secara melintang.
Gunakan item menu ini: Untuk melakukan ini:
Julat paparan pada 5%.
Julat paparan pada 0%.